Assalamualaikum. Hai semua!
Harini kami nak berkongsi hasil kerja di Residensi Desamas, terletak di Danau Desa. Skop kerja kali ini melibatkan beberapa perkara seperti :
1) Pemasangan siling plaster
2) Pemasangan lampu dan kipas
3) Pemasangan cermin dinding
4) Pemasangan kitchen cabinet
5) Pemasangan grill pintu hadapan.
Sekadar nak berkongsi sedikit lah perbezaan menyiapkan kerja di rumah baru di musim pandemik ini berbanding dengan menyiapkan kerja sewaktu sebelum pandemik. Menyiapkan kerja di musim pandemik ni, apabila melibatkan apartment baru dengan Management Office yang sedikit strict, semua kontraktor yang buat kerja di bangunan ni harus akur dengan rules & regulation yang ditetapkan. Sebagai contoh, pekerja yang akan buat installation harus mempunyai salinan swab test terbaru. Kiranya kalau lebih 6 bulan tu, tak valid. Kena buat baru. Lain bangunan dan lain Management Office, lain lah kerenahnya.
Jadi disini kami nak nasihatkan pada mereka yang bakal menduduki rumah baru ketika PKP masih berjalan, kerja boleh berjalan hanya jika Management Office bangunan yang anda duduki bagi perlepasan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Tapi kontraktor atau supplier juga harus mempunyai kelulusan daripada kementerian.
Saya kongsikan gambar sebelum dan selepas ya.
Saya juga ingin berkongsi sebahagian gambar progres ketika kerja dijalankan.
Comments
Post a Comment