Skip to main content

Posts

Pemasangan Kerja Kayu (Almari) Dari Kayu Nyatuh

Hai semua pembaca. Hari ini kami ingin berkongsi tentang projek di Teluk Panglima Garang yang telah siap pada Disember 2020. Ada 3 bilik yang memerlukan almari kustom dari material nyatuh. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan konsep Inggeris dalam ruang bilik mereka. Warna putih pula memberi efek lapang dan luas pada bilik yang sedia ada. Warna putih perabot ini sangat padan ya dengan lantai jenis vinyl warna kelabu ni. Padanan yang menyedapkan mata. Bak kata pelanggan, macam dalam 'Pinterest'.       Untung anak sulung klien yang merupakan calon SPM, ada ruang belajar yang selesa, TV ini pula berhadapan dengan kamar katil beliau. Jadi tak perlu ada dua ruang yang berbeza, dah boleh jimat ruang.    Ini ruang sudut kerusi atau orang putih kata 'nook bench'. Ruang yang sangat santai boleh sambil duduk-duduk, sambil membaca buku ke.   Bilik kedua untuk anak tuan rumah yang lain.  Bilik ketiga ialah bilik tuan rumah. Apa yang membezakan wardrobe bilik ini deng
Recent posts

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri Bawah RM150,000

Hai, dalam post yang lalu kami ada post pasal entri   progress rumah ni   dimana projek ini harus dihentikan buat sementara waktu kerana tempoh PKP. Jadi lepas tamat tempoh PKP, kami berjaya siapkan rumah ini sekitar hujung Ogos 2020.  Cabaran tu dah tentu ada. Sebab target lari. Tapi, Alhamdulillah berjaya juga siapkan. Yang penting, kerja siap, tak lari atau delay lama. Delay pun sebab PKP.     Gambar dari luar rumah. Rumah ini berkeluasan sekitar 1300 kaki, mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Ruang lain yang turut terdapat pada rumah ini ialah -Ruang Tamu -Ruang Makan -Dapur -3 Bilik Tidur -2 Bilik Air -Bilik Dobi (Laundry) -Stor -Porch          Pandangan dari luar rumah.                                                                                                                                                                 Ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan juga. Ruang makan.   Ruang tamu yang bersambung dengan ruang dapur. "Open concept"

Pemasangan Kitchen Cabinet dan Wardrobe di Puncak Alam

 Hai. Harini kami nak kongsi pemasangan kitchen cabinet dan wardrobe di Puncak Alam. Untuk pengetahuan, material yang digunakan pada kitchen cabinet ini adalah acrylic dan table top menggunakan quartz corak marble.       Untuk wardrobe pula, material yang digunakan ialah 3G melamine.   P/S-Berminat nak buat kitchen cabinet? Berminat nak buat pengubahsuaian rumah? Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :-  www.wasap.my/601111892504

Pengubahsuaian Halaman Rumah di Tanjung Karang

 Hai, harini ini saya nak berkongsi tentang pengubahsuaian rumah yang terletak di Tanjung Karang, Selangor.  Pada asalnya klien ada pekerja Indonesia yang dia mahu lantik. Tapi sebab biasalah, walaupun kerja-kerja yang nampak ringkas pun perlu juga ada dokumen hitam putih kan. Jadi lepas lawatan tapak dan beberapa kali datang ke pejabat kami, klien pun bersetuju gunakan servis kami dari Alpha S Studio.   Skop kerja bagi rumah ini melibatkan : -Tinggikan pagar batu -Pagar batu design baru -Gantikan pagar besi lama dengan pagar baru -Ratakan tanah dan pasang mozek -Tukar awning lama kepada awning baru di pintu masuk rumah. -Pemasangan 'gutter' bumbung (kerana terdapat takungan air pada tanah berpunca dari limpahan air hujan dari bumbung) -Penambahan 'slab' dan lantai simen pada tepi rumah     Gambar sebelum & selepas dari luar rumah   Gambar sebelum & selepas dari dalam halaman rumah.           Gambar sebelum & selepas dari dalam halaman rumah       Gamba

Pengubahsuaian Belakang Rumah di Sunway Kayangan

Hai Sedikit mukadimah tentang projek pengubahsuaian rumah ini. Rumah klien merupakan rumah teres jenis dua tingkat yang terletak di Sunway Kayangan, Shah Alam.  Skop kerja kami adalah penambahan dan pengubahsuaian ruang dapur dan bilik, pengubahsuaian semua tandas.        Skop kerja bahagian dapur melibatkan :-  -Penambahan ruang belakang untuk mewujudkan dapur basah, melibatkan kerja-kerja pendawaian  elektrik dan kabinet base jenis konkrit dan penambahan bilik di belakang. - Penukaran kabinet lama kepada kabinet dapur yang baru - Mewujudkan siling plaster berserta pemasangan lampu jenis 'downlight' dan kipas. - Pemasangan lantai jenis vinyl di ruang dapur kering dan bilik baru di belakang. Biasanya, pendekatan kami ialah, kami cuba untuk menyelesaikan masalah klien. Untuk rumah ini, klien merasakan ruang dapurnya sebelum ini tidak cukup. Jadi beliau mahukan ruang dapur basah. Berikut ialah gambar-gambar di rumah tersebut. Selamat menjamu mata!         Sebelum pengubahsuaian