Skip to main content

Pemasangan Kerja Kayu (Almari) Dari Kayu Nyatuh

Hai semua pembaca. Hari ini kami ingin berkongsi tentang projek di Teluk Panglima Garang yang telah siap pada Disember 2020. Ada 3 bilik yang memerlukan almari kustom dari material nyatuh. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan konsep Inggeris dalam ruang bilik mereka. Warna putih pula memberi efek lapang dan luas pada bilik yang sedia ada.


Warna putih perabot ini sangat padan ya dengan lantai jenis vinyl warna kelabu ni. Padanan yang menyedapkan mata. Bak kata pelanggan, macam dalam 'Pinterest'.


  
 

Untung anak sulung klien yang merupakan calon SPM, ada ruang belajar yang selesa, TV ini pula berhadapan dengan kamar katil beliau. Jadi tak perlu ada dua ruang yang berbeza, dah boleh jimat ruang. 


 

Ini ruang sudut kerusi atau orang putih kata 'nook bench'. Ruang yang sangat santai boleh sambil duduk-duduk, sambil membaca buku ke.





 
Bilik kedua untuk anak tuan rumah yang lain.



 Bilik ketiga ialah bilik tuan rumah. Apa yang membezakan wardrobe bilik ini dengan bilik yang lain ialah bilik ini menggunakan pemegang pintu kabinet bewarna emas (gold). Selain itu, susun atur wardrobe ini diambil kira bersama dengan kedudukan katil saiz Queen.

Ha, macam mana, suka tak material nyatuh ni?
Ada rasa macam feeling English style tak?



P/S-Berminat nak buat kitchen cabinet? Berminat nak buat pengubahsuaian rumah? Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- 

www.wasap.my/601111892504


Comments

Popular posts from this blog

Kitchen Cabinet Bawah RM10,000

Untuk membuat kabinet dapur, ia bergantung kepada tuan rumah, berapa peruntukan yang sanggup dikeluarkan untuk mendapatkan dapur idaman. Walaupun dapur bukanlah ruang yang paling besar dalam kediaman, tetapi ia merupakan salah satu ruang yang paling penting di dalam rumah. Bukan sahaja sebagai tempat penyediaan makanan tetapi boleh menjadi ruang berkumpul di kalangan keluarga terutama sekali jika meja makan turut diletakkan berhampiran atau di dalam dapur. Set kabinet dapur boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit tau. Jangan terkejut pula. Semuanya bergantung kepada "budget." Memandangkan rata-rata yang hubungi kami untuk buat kabinet dapur adalah golongan muda yang masih bujang, ada yang baru berkahwin, jadi sudah tentu peruntukan untuk memiliki dapur menawan agak ketat. Jadi kita akan bagi consultation mengikut budget tuan rumah. Berikut ialah kabinet-kabinet dapur yang Alpha S Studio hasilkan di bawah harga RM10,000.   TTDI Adina, Shah Alam Table top : Sol

Rumah Comel Untuk Homestay?

Assalamualaikum. Harini kami nak kongsi satu projek rumah mini yang terletak di Beranang. Rumah ni dibina sebagai persinggahan sementara saja untuk tuan rumah. Luas tanah kepunyaan tuan rumah agak besar. Sekitar setengah ekar, dengan kawasan tanah yang besar dijadikan kebun. Rumah ni sangat comel saiznya. Ruang yang ada ialah ruang tamu, dapur dan tandas sahaja. Entrance Pandangan hadapan rumah comel. Ruang tamu Dapur yang disediakan table top konkrit. Di atas tingkap tu nanti boleh dipasang kabinet dinding.  Tandas. Rumah comel ini dibina hanya dalam masa 3 minggu. Sesuai juga jika mahu jadikan homestay. P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332

Pengubahsuaian Rumah di Puncak Alam

Jenis rumah : Teres 2 tingkat Skop kerja :  1) Penambahan ruang belakang berbumbung 2) Kerja kayu - set kitchen cabinet dan built in wardrobe 3) Pemasangan lampu & kipas 4) Pemasangan tangki tambahan di belakang 5) Pemasangan accessories tandas  Sebenarnya, rumah ini masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi disebabkan PKP 3.0 ni maka tergendala progress kerja di rumah ini. InshaAllah kami akan kongsi bila rumah ini siap.      P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332