Skip to main content

Set Kabinet Dapur dan Almari (Built In Wardrobe) RM7500.

Hai!

Harini kami nak share sikit tentang set kitchen cabinet dan built in wardrobe yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Sangat sesuai untuk yang baru berkahwin, si bujang yang baru mendapat kunci rumah baru, mahupun tuan rumah yang mahu sewakan rumah dengan harga sewaan yang lebih menguntungkan.  

Untuk unit kondo sekitar 700 kaki persegi ni, dapurnya tidak terlalu besar. Comel saja saiznya.

 

 Panjang kabinet dapur satu set ni sekitar 6 kaki setengah. Didatangkan dengan hanging dishrack, sinki, paip air.

Untuk ruang yard di tepi dapur pula, klien ini gunakannya untuk dapur basah. Jadi set ni termasuk dengan hood & hob jenama Elba. 

Material kabinet ialah melamine untuk bahagian body dan pintu, dan table top jenis HPL. 
Pilihan yang murah. Sesuai untuk sewakan kepada penyewa. Kalau pilihan yang lebih mahal, lebih sesuai kalau untuk duduk sendiri, bukan?


 Built in wardrobe sepanjang 4 kaki berserta cermin.


 Rupa bila dah siap. 

Untuk dua-dua set ni, harganya hanya RM7,500.
Pemasangan hanya mengambil masa 1 hari sahaja. Lepas ambil ukuran di site, order akan diproses selama 7-14 hari bekerja, kemudian dah boleh pasang di rumah anda. Mudah bukan?

Untuk rumah klien ni, kami juga memasang semua lampu dan kipas di rumah ini berserta tingkap kaca di bahagian yard.

Untuk promosi lain, kita ada pakej ini.Bezanya ialah, saiz lebih panjang dan material table top jenis Quartz.

Boleh kongsi pada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mungkin memerlukan okay.
Terima kasih. =)



Berminat? Boleh hubungi saya di  :







Comments

Popular posts from this blog

Pengubahsuaian Rumah di Puncak Alam

Jenis rumah : Teres 2 tingkat Skop kerja :  1) Penambahan ruang belakang berbumbung 2) Kerja kayu - set kitchen cabinet dan built in wardrobe 3) Pemasangan lampu & kipas 4) Pemasangan tangki tambahan di belakang 5) Pemasangan accessories tandas  Sebenarnya, rumah ini masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi disebabkan PKP 3.0 ni maka tergendala progress kerja di rumah ini. InshaAllah kami akan kongsi bila rumah ini siap.      P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332

Pemasangan Kerja Kayu (Almari) Dari Kayu Nyatuh

Hai semua pembaca. Hari ini kami ingin berkongsi tentang projek di Teluk Panglima Garang yang telah siap pada Disember 2020. Ada 3 bilik yang memerlukan almari kustom dari material nyatuh. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan konsep Inggeris dalam ruang bilik mereka. Warna putih pula memberi efek lapang dan luas pada bilik yang sedia ada. Warna putih perabot ini sangat padan ya dengan lantai jenis vinyl warna kelabu ni. Padanan yang menyedapkan mata. Bak kata pelanggan, macam dalam 'Pinterest'.       Untung anak sulung klien yang merupakan calon SPM, ada ruang belajar yang selesa, TV ini pula berhadapan dengan kamar katil beliau. Jadi tak perlu ada dua ruang yang berbeza, dah boleh jimat ruang.    Ini ruang sudut kerusi atau orang putih kata 'nook bench'. Ruang yang sangat santai boleh sambil duduk-duduk, sambil membaca buku ke.   Bilik kedua untuk anak tuan rumah yang lain.  Bilik ketiga ialah bilik tuan rumah. Apa yang membezakan wardro...

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri Bawah RM150,000

Hai, dalam post yang lalu kami ada post pasal entri   progress rumah ni   dimana projek ini harus dihentikan buat sementara waktu kerana tempoh PKP. Jadi lepas tamat tempoh PKP, kami berjaya siapkan rumah ini sekitar hujung Ogos 2020.  Cabaran tu dah tentu ada. Sebab target lari. Tapi, Alhamdulillah berjaya juga siapkan. Yang penting, kerja siap, tak lari atau delay lama. Delay pun sebab PKP.     Gambar dari luar rumah. Rumah ini berkeluasan sekitar 1300 kaki, mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Ruang lain yang turut terdapat pada rumah ini ialah -Ruang Tamu -Ruang Makan -Dapur -3 Bilik Tidur -2 Bilik Air -Bilik Dobi (Laundry) -Stor -Porch          Pandangan dari luar rumah.                                                                       ...