Skip to main content

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri di Klang

 

Assalamualaikum,

Hari ini kami nak menceritakan serba sedikit tentang rumah yang berjaya disiapkan dalam bulan Januari 2020. 

Rumah ini keluasannya sekitar 2500 kaki persegi (tidak termasuk luas porch), mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air. Serba sedikit tentang permintaan klien, klien mahukan ruang tamu yang dipisahkan dengan bilik tidur dan ruang keluarga. Bermaksud jika ada tetamu yang datang, tetamu tidak akan nampak pintu-pintu bilik tidur. Lebih personal. 




Ada klien, yang mahukan ruang yang "open concept". Ada juga yang mahukan ruang yang lebih "Islamic". Islamic disini bukanlah bermaksud kita kena buat design rumah yang nampak macam di negara Arab tu, tapi dari segi susunan ruang yang ada privacy. Ruang ini memisahkan antara ruang tamu dan juga ruang untuk keluarga. Kami cuba membawa kalian menyusuri ruang dalam ruang di dalam pelan ni ye. Dari no.2 iaitu entrance masuk, kita ada ruang tamu (no.3). Disini ialah ruang yang klien mahu letak TV untuk tetamu. Ruang 4 adalah ruang untuk keluarga. Juga klien mahu memasang TV di ruang ini khas untuk keluarga dan juga ruang makan di tepi sliding door. Secara personal kami minat ruang di luar sliding door. Ini kerana, ruang ini bersambung dengan ruang porch. Jadi, ia menjadi tempat berkumpul untuk ahli keluarga mahupun boleh dijadikan ruang untuk buat kenduri. Ruang 5 ialah Master Bedroom. Ada stor kecil di dalamnya seperti apa yang telah diminta oleh klien. Ruang 6,7,8,9 ialah bilik tidur anak-anak. Ruang 13 ialah ruang dapur dan mempunyai ruang khas (no.14) untuk ruang laundry (meletakkan mesin basuh dan rak dinding untuk letak barangan cucian seperti sabun mencuci pakaian, mop,penyapu. 



Seterusnya kami ingin berkongsi gambar hasil rumah yang telah pun siap ini.


























 Kenangan masa visit site.  Living hall.


Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :



Comments

Popular posts from this blog

Pengubahsuaian Rumah di Puncak Alam

Jenis rumah : Teres 2 tingkat Skop kerja :  1) Penambahan ruang belakang berbumbung 2) Kerja kayu - set kitchen cabinet dan built in wardrobe 3) Pemasangan lampu & kipas 4) Pemasangan tangki tambahan di belakang 5) Pemasangan accessories tandas  Sebenarnya, rumah ini masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi disebabkan PKP 3.0 ni maka tergendala progress kerja di rumah ini. InshaAllah kami akan kongsi bila rumah ini siap.      P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332

Pemasangan Kerja Kayu (Almari) Dari Kayu Nyatuh

Hai semua pembaca. Hari ini kami ingin berkongsi tentang projek di Teluk Panglima Garang yang telah siap pada Disember 2020. Ada 3 bilik yang memerlukan almari kustom dari material nyatuh. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan konsep Inggeris dalam ruang bilik mereka. Warna putih pula memberi efek lapang dan luas pada bilik yang sedia ada. Warna putih perabot ini sangat padan ya dengan lantai jenis vinyl warna kelabu ni. Padanan yang menyedapkan mata. Bak kata pelanggan, macam dalam 'Pinterest'.       Untung anak sulung klien yang merupakan calon SPM, ada ruang belajar yang selesa, TV ini pula berhadapan dengan kamar katil beliau. Jadi tak perlu ada dua ruang yang berbeza, dah boleh jimat ruang.    Ini ruang sudut kerusi atau orang putih kata 'nook bench'. Ruang yang sangat santai boleh sambil duduk-duduk, sambil membaca buku ke.   Bilik kedua untuk anak tuan rumah yang lain.  Bilik ketiga ialah bilik tuan rumah. Apa yang membezakan wardro...

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri Bawah RM150,000

Hai, dalam post yang lalu kami ada post pasal entri   progress rumah ni   dimana projek ini harus dihentikan buat sementara waktu kerana tempoh PKP. Jadi lepas tamat tempoh PKP, kami berjaya siapkan rumah ini sekitar hujung Ogos 2020.  Cabaran tu dah tentu ada. Sebab target lari. Tapi, Alhamdulillah berjaya juga siapkan. Yang penting, kerja siap, tak lari atau delay lama. Delay pun sebab PKP.     Gambar dari luar rumah. Rumah ini berkeluasan sekitar 1300 kaki, mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Ruang lain yang turut terdapat pada rumah ini ialah -Ruang Tamu -Ruang Makan -Dapur -3 Bilik Tidur -2 Bilik Air -Bilik Dobi (Laundry) -Stor -Porch          Pandangan dari luar rumah.                                                                       ...