Skip to main content

PROGRES-Rumah Atas Tanah Sendiri, Jalan Kebun (PKP mode)

 Sepanjang tempoh PKP ni, perkara yang menyesakkan kepala ialah sebab kena berhentikan kerja pembinaan. Jadinya, ada la beberapa projek kami yang kena berhenti buat sementara waktu. Jadinya, dah tentulah sedih mengenangkan nasib. Orang buat bisnes mesti rasa apa yang kami rasa ni.

Jadi, salah satu projek yang saya look forward untuk siapkan ialah sebuah banglo setingkat milik Encik Yazadh yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam. Keluasan rumah ini ialah 1300 kaki persegi, mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Untuk bilik tidur utama, terdapat ruang walk in wardrobe dan bilik air sendiri.

Tuan rumah merupakan pasangan muda yang mempunyai seorang anak kecil. Jadi mereka minta untuk buat ruang 'open concept' antara ruang dapur dan ruang tamu. Kiranya takde pemisah dinding antara dua ruang ni. Ini kerana, mereka mahu mudah pantau aktiviti anak lebih-lebih lagi jika si Ibu sedang buat kerja di dapur. 




 Pembinaan rumah ini, ketika dihentikan, sudah masuk proses plaster dinding . Pendawaian elektrik juga sudah dibuat. Kami memang look forward untuk rumah ni siap. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Harapnya, banyak hikmah yang kita dapat sepanjang tempoh PKP.


Besar harapan kami melihat projek ini siap dengan jayanya.





 

s














Berminat nak buat rumah di tanah sendiri ? Boleh hubungi kami di  :

Comments

Popular posts from this blog

Pengubahsuaian Rumah di Puncak Alam

Jenis rumah : Teres 2 tingkat Skop kerja :  1) Penambahan ruang belakang berbumbung 2) Kerja kayu - set kitchen cabinet dan built in wardrobe 3) Pemasangan lampu & kipas 4) Pemasangan tangki tambahan di belakang 5) Pemasangan accessories tandas  Sebenarnya, rumah ini masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi disebabkan PKP 3.0 ni maka tergendala progress kerja di rumah ini. InshaAllah kami akan kongsi bila rumah ini siap.      P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332

Pemasangan Kerja Kayu (Almari) Dari Kayu Nyatuh

Hai semua pembaca. Hari ini kami ingin berkongsi tentang projek di Teluk Panglima Garang yang telah siap pada Disember 2020. Ada 3 bilik yang memerlukan almari kustom dari material nyatuh. Sangat sesuai bagi mereka yang mahukan konsep Inggeris dalam ruang bilik mereka. Warna putih pula memberi efek lapang dan luas pada bilik yang sedia ada. Warna putih perabot ini sangat padan ya dengan lantai jenis vinyl warna kelabu ni. Padanan yang menyedapkan mata. Bak kata pelanggan, macam dalam 'Pinterest'.       Untung anak sulung klien yang merupakan calon SPM, ada ruang belajar yang selesa, TV ini pula berhadapan dengan kamar katil beliau. Jadi tak perlu ada dua ruang yang berbeza, dah boleh jimat ruang.    Ini ruang sudut kerusi atau orang putih kata 'nook bench'. Ruang yang sangat santai boleh sambil duduk-duduk, sambil membaca buku ke.   Bilik kedua untuk anak tuan rumah yang lain.  Bilik ketiga ialah bilik tuan rumah. Apa yang membezakan wardro...

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri Bawah RM150,000

Hai, dalam post yang lalu kami ada post pasal entri   progress rumah ni   dimana projek ini harus dihentikan buat sementara waktu kerana tempoh PKP. Jadi lepas tamat tempoh PKP, kami berjaya siapkan rumah ini sekitar hujung Ogos 2020.  Cabaran tu dah tentu ada. Sebab target lari. Tapi, Alhamdulillah berjaya juga siapkan. Yang penting, kerja siap, tak lari atau delay lama. Delay pun sebab PKP.     Gambar dari luar rumah. Rumah ini berkeluasan sekitar 1300 kaki, mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Ruang lain yang turut terdapat pada rumah ini ialah -Ruang Tamu -Ruang Makan -Dapur -3 Bilik Tidur -2 Bilik Air -Bilik Dobi (Laundry) -Stor -Porch          Pandangan dari luar rumah.                                                                       ...