Skip to main content

Pengubahsuaian Rumah Jenis Kondominium di USJ 1 Avenue

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengubahsuaian rumah di USJ 1 Avenue ini melibatkan rumah jenis kondominium. Rumah ini jenis subsale yang dibeli oleh klien. Tugas kami ialah untuk mengubahsuai dalaman rumah jenis kondo ini.

Skop kerja kami melibatkan :-


Ruang tamu dan TV :

Pemasangan lantai jenis vinyl SPC (ketebalan 3mm)

Pemasangan siling plaster bersama lampu jenis downlights dan kipas.

Pemasangan wainscoting 

Mengecat satu rumah

Pemasangan TV console. (pintu jenis acrylic)

Pemasangan partition divider.

Mencabut cermin dinding & pemasangan wainscoting di 2 bahagian 

Dapur : 

Penukaran semua jubin lantai dan sebahagian jubin dinding (backsplash) 

Mencabut kabinet dapur lama, ganti kabinet dapur baru. Material dapur melibatkan pintu jenis acrylic dan table top jenis granite. 

Pemasangan siling plaster baru.

Tandas : 

Pengubahsuaian tiga buah tandas. Pecahkan dan penukaran semua tiles lantai dan dinding, penukaran fittings, penukaran pintu tandas.

Pemasangan siling plaster dan lampu.


Untuk pengetahuan, kerja-kerja ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu selama 2 bulan setengah ketika Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) dijalankan bermula 18 Mac 2020 tempoh hari. Walau bagaimanapun, kami berbesar hati kerana projek ini telah pun berjaya siap.

Ruang tamu (Sebelum)
 
Ruang TV - Sebelum
 
                                       
Ruang TV - Pemasangan TV console siap


 
Ruang dapur (Sebelum). Jubin lantai yang belum ditukar. Kabinet dapur juga dari pemilik rumah yang terdahulu.


Jubin lantai yang lama dipecahkan dan diganti dengan jubin lantai baru.










Tandas bilik master - Sebelum


Tandas bilik master - ketika progres dan selepas siap
Tandas kedua (sebelum dan selepas)
Tandas ketiga - Sebelum dan selepas


Partition divider






Berminat nak buat pengubahsuaian rumah? Atau berminat buat rumah atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :

 






Comments

Popular posts from this blog

Kitchen Cabinet Bawah RM10,000

Untuk membuat kabinet dapur, ia bergantung kepada tuan rumah, berapa peruntukan yang sanggup dikeluarkan untuk mendapatkan dapur idaman. Walaupun dapur bukanlah ruang yang paling besar dalam kediaman, tetapi ia merupakan salah satu ruang yang paling penting di dalam rumah. Bukan sahaja sebagai tempat penyediaan makanan tetapi boleh menjadi ruang berkumpul di kalangan keluarga terutama sekali jika meja makan turut diletakkan berhampiran atau di dalam dapur. Set kabinet dapur boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit tau. Jangan terkejut pula. Semuanya bergantung kepada "budget." Memandangkan rata-rata yang hubungi kami untuk buat kabinet dapur adalah golongan muda yang masih bujang, ada yang baru berkahwin, jadi sudah tentu peruntukan untuk memiliki dapur menawan agak ketat. Jadi kita akan bagi consultation mengikut budget tuan rumah. Berikut ialah kabinet-kabinet dapur yang Alpha S Studio hasilkan di bawah harga RM10,000.   TTDI Adina, Shah Alam Table top : Sol

Rumah Comel Untuk Homestay?

Assalamualaikum. Harini kami nak kongsi satu projek rumah mini yang terletak di Beranang. Rumah ni dibina sebagai persinggahan sementara saja untuk tuan rumah. Luas tanah kepunyaan tuan rumah agak besar. Sekitar setengah ekar, dengan kawasan tanah yang besar dijadikan kebun. Rumah ni sangat comel saiznya. Ruang yang ada ialah ruang tamu, dapur dan tandas sahaja. Entrance Pandangan hadapan rumah comel. Ruang tamu Dapur yang disediakan table top konkrit. Di atas tingkap tu nanti boleh dipasang kabinet dinding.  Tandas. Rumah comel ini dibina hanya dalam masa 3 minggu. Sesuai juga jika mahu jadikan homestay. P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332

Pengubahsuaian Rumah di Puncak Alam

Jenis rumah : Teres 2 tingkat Skop kerja :  1) Penambahan ruang belakang berbumbung 2) Kerja kayu - set kitchen cabinet dan built in wardrobe 3) Pemasangan lampu & kipas 4) Pemasangan tangki tambahan di belakang 5) Pemasangan accessories tandas  Sebenarnya, rumah ini masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi disebabkan PKP 3.0 ni maka tergendala progress kerja di rumah ini. InshaAllah kami akan kongsi bila rumah ini siap.      P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332