Skip to main content

Pemasangan Kitchen Cabinet & Wardrobe di Teluk Panglima Garang

Assalamualaikum. Harini kami nak share hasil pemasangan kitchen cabinet di Teluk Panglima Garang, Selangor. So far kami ambil job area KL & Selangor aje.

Untuk pengetahuan semua, satu tips untuk anda semua, apabila nak buat kitchen cabinet, kena ambil tahu harga kitchen cabinet biasanya dikira seketul macam tu, (kabinet semata-mata). Sinki,water tap semua tu dikira harga yang berasingan. Kadang-kadang, ada client yang nak beli sinki dia sendiri, kepala paip sendiri ikut taste dia. Jadi antara accessories yang boleh dimasukkan dalam kos kabinet dapur ialah sinki (1 bowl atau 2 bowls), water tap, hanging dishrack, hood & hob. Selain tu, ada kos untuk plumbing juga.

 Untuk set kabinet dapur ni, warna yang dipilih lebih kepada warna nature. Klien sendiri, dia tahu apa yang dia nak. Nak table top putih dan badan kabinet berwarna kayu cerah.


 Selain kabinet dapur, built in wardrobe juga dipasang di rumah ini, di bilik tidur utama. Secara praktikal, kegunaan separuh-separuh. Separuh (3 pintu kanan) untuk isteri. 3 pintu kiri lagi untuk suami, macam tula. Ruang tengah lebih kepada mixed use. Soket elektrik dialihkan dari kedudukan asal untuk sesuaikan dengan kegunaan. Jadinya, boleh la gunakan untuk hair dryer ke, cas handphone ke.



 Selain pemasangan kitchen cabinet dan wardrobe, kami juga diberikan amanah untuk pemasangan lampu dan kipas dalam rumah ni. 

Kalau nak beli rumah, dinasihatkan jangan hanya seronok membeli sahaja ye. Sebab nak sediakan keperluan sebelum masuk rumah pun kena ada bajet juga. 

p/s: Kalau nak masuk rumah baru, nak pasang lampu, kipas, kitchen cabinet & wardrobe, boleh lah panggil saya & team saya. Kami cuba deliver ikut budget client. 




Comments

Popular posts from this blog

Kitchen Cabinet Bawah RM10,000

Untuk membuat kabinet dapur, ia bergantung kepada tuan rumah, berapa peruntukan yang sanggup dikeluarkan untuk mendapatkan dapur idaman. Walaupun dapur bukanlah ruang yang paling besar dalam kediaman, tetapi ia merupakan salah satu ruang yang paling penting di dalam rumah. Bukan sahaja sebagai tempat penyediaan makanan tetapi boleh menjadi ruang berkumpul di kalangan keluarga terutama sekali jika meja makan turut diletakkan berhampiran atau di dalam dapur. Set kabinet dapur boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit tau. Jangan terkejut pula. Semuanya bergantung kepada "budget." Memandangkan rata-rata yang hubungi kami untuk buat kabinet dapur adalah golongan muda yang masih bujang, ada yang baru berkahwin, jadi sudah tentu peruntukan untuk memiliki dapur menawan agak ketat. Jadi kita akan bagi consultation mengikut budget tuan rumah. Berikut ialah kabinet-kabinet dapur yang Alpha S Studio hasilkan di bawah harga RM10,000.   TTDI Adina, Shah Alam Table top : Sol...

Pengubahsuaian Rumah di Puncak Alam

Jenis rumah : Teres 2 tingkat Skop kerja :  1) Penambahan ruang belakang berbumbung 2) Kerja kayu - set kitchen cabinet dan built in wardrobe 3) Pemasangan lampu & kipas 4) Pemasangan tangki tambahan di belakang 5) Pemasangan accessories tandas  Sebenarnya, rumah ini masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi disebabkan PKP 3.0 ni maka tergendala progress kerja di rumah ini. InshaAllah kami akan kongsi bila rumah ini siap.      P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri Bawah RM150,000

Hai, dalam post yang lalu kami ada post pasal entri   progress rumah ni   dimana projek ini harus dihentikan buat sementara waktu kerana tempoh PKP. Jadi lepas tamat tempoh PKP, kami berjaya siapkan rumah ini sekitar hujung Ogos 2020.  Cabaran tu dah tentu ada. Sebab target lari. Tapi, Alhamdulillah berjaya juga siapkan. Yang penting, kerja siap, tak lari atau delay lama. Delay pun sebab PKP.     Gambar dari luar rumah. Rumah ini berkeluasan sekitar 1300 kaki, mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Ruang lain yang turut terdapat pada rumah ini ialah -Ruang Tamu -Ruang Makan -Dapur -3 Bilik Tidur -2 Bilik Air -Bilik Dobi (Laundry) -Stor -Porch          Pandangan dari luar rumah.                                                                       ...