Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Pengubahsuaian Rumah Jenis Kondominium di USJ 1 Avenue

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengubahsuaian rumah di USJ 1 Avenue ini melibatkan rumah jenis kondominium. Rumah ini jenis subsale yang dibeli oleh klien. Tugas kami ialah untuk mengubahsuai dalaman rumah jenis kondo ini. Skop kerja kami melibatkan :- Ruang tamu dan TV : Pemasangan lantai jenis vinyl SPC (ketebalan 3mm) Pemasangan siling plaster bersama lampu jenis downlights dan kipas. Pemasangan wainscoting   Mengecat satu rumah Pemasangan TV console . (pintu jenis acrylic ) Pemasangan partition divider. Mencabut cermin dinding & pemasangan wainscoting di 2 bahagian  Dapur :  Penukaran semua jubin lantai dan sebahagian jubin dinding (backsplash)  Mencabut kabinet dapur lama, ganti kabinet dapur baru. Material dapur melibatkan pintu jenis acrylic dan table top jenis granite.  Pemasangan siling plaster baru. Tandas :  Pengubahsuaian tiga buah tandas. Pecahkan dan penukaran semua tiles lantai dan dinding, penukaran fittings , penukaran pintu tandas. Pemasangan siling p

PROGRES-Rumah Atas Tanah Sendiri, Jalan Kebun (PKP mode)

 Sepanjang tempoh PKP ni, perkara yang menyesakkan kepala ialah sebab kena berhentikan kerja pembinaan. Jadinya, ada la beberapa projek kami yang kena berhenti buat sementara waktu. Jadinya, dah tentulah sedih mengenangkan nasib. Orang buat bisnes mesti rasa apa yang kami rasa ni. Jadi, salah satu projek yang saya look forward untuk siapkan ialah sebuah banglo setingkat milik Encik Yazadh yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam. Keluasan rumah ini ialah 1300 kaki persegi, mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Untuk bilik tidur utama, terdapat ruang walk in wardrobe dan bilik air sendiri. Tuan rumah merupakan pasangan muda yang mempunyai seorang anak kecil. Jadi mereka minta untuk buat ruang 'open concept' antara ruang dapur dan ruang tamu. Kiranya takde pemisah dinding antara dua ruang ni. Ini kerana, mereka mahu mudah pantau aktiviti anak lebih-lebih lagi jika si Ibu sedang buat kerja di dapur.   Pembinaan rumah ini, ketika dihentikan, sudah masuk proses plaster dinding . Pendawa

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri di Klang

  Assalamualaikum, Hari ini kami nak menceritakan serba sedikit tentang rumah yang berjaya disiapkan dalam bulan Januari 2020.  Rumah ini keluasannya sekitar 2500 kaki persegi (tidak termasuk luas porch), mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air. Serba sedikit tentang permintaan klien, klien mahukan ruang tamu yang dipisahkan dengan bilik tidur dan ruang keluarga. Bermaksud jika ada tetamu yang datang, tetamu tidak akan nampak pintu-pintu bilik tidur. Lebih personal.  Ada klien, yang mahukan ruang yang "open concept". Ada juga yang mahukan ruang yang lebih "Islamic". Islamic disini bukanlah bermaksud kita kena buat design rumah yang nampak macam di negara Arab tu, tapi dari segi susunan ruang yang ada privacy. Ruang ini memisahkan antara ruang tamu dan juga ruang untuk keluarga. Kami cuba membawa kalian menyusuri ruang dalam ruang di dalam pelan ni ye. Dari no.2 iaitu entrance masuk, kita ada ruang tamu (no.3). Disini ialah ruang yang klien mahu letak TV untuk tetamu