Skip to main content

Renovation USJ 1, Subang Jaya (Part 2)

 Ini pengubahsuaian rumah yang siap dijalankan dalam masa 3 bulan seperti yang dijanjikan kepada tuan rumah. Awning kuning atas pilihan tuan rumah. Katanya, nak nampak cerah taknak nampak gelap. Betul-betul cerah ni kan. Grill pula dari jenis mesh/jaring. Tujuannya, tuan rumah tidak mahu kucing atau tikus senang masuk. 

 
Beza tak dengan rumah asal di bawah ni? Untuk pengubahsuaian ini, kami memohon kebenaran pengubahsuaian daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Hendaklah diingatkan, walaupun beroleh kebenaran dari pihak Majlis, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, bila nak buat kerja-kerja melibatkan permbinaan ni, haruslah bagitahu pada jiran-jiran ya supaya mereka alert  dengan bunyi bising dan debu yang bakal berlaku. 
 
 Untuk bahagian dapur, skop kerja melibatkan hacking semua jubin lantai dan dinding yang lama ganti baru, mencabut kabinet dapur lama ganti baru.  Membuat siling plaster, re-wiring point lampu dan kipas, berserta pemasangan lampu dan kipas. Untuk bahagian tingkap, di atas tingkap itu ruang untuk blok kaca (glass block), atas permintaan tuan rumah. Ini supaya apabila tingkap ditutup dengan langsir, cahaya boleh masuk melalui blok kaca, mengelakkan ruang dapur jadi gelap.


Untuk wall unit (kabinet dinding atas), tuan rumah meminta untuk ditinggikan kedudukannya daripada biasa kerana anak lelakinya tinggi. Jadi dikhuatiri kepala beliau terhantuk di bawah kabinet dinding. 

 Sewaktu progress pemasangan kabinet dapur. Untuk table top jenis quartz, pemasangan akan dijalankan selepas seminggu dari pemasangan kabinet. Sebab ukuran kena ambil on site. 



 Untuk tingkat atas pula, selain dipanjangkan ruang dua bilik tidur, tandas juga dipecahkan, dipindahkan ke belakang dan dibahagi dua, untuk kegunaan anak perempuan dan anak lelaki berasingan.






 Ini gambar di bilik bawah. Warna hijau muda lembut ni memang menenangkan betul rasa.



Sebelum pemasangan kabinet dapur.



 Inilah dia kitchen cabinet serba putih. 










Tuan rumah juga mahu sebahagian dari dapur ni ada ruang untuk basuh baju (landry area). Kabinet dinding di atas mesin basuh ni khas untuk sabun-sabun basuh baju.




 Untuk tandas bawah, tuan rumah memilih tandas jenis cangkung. Lebih selesa untuknya.Tandas sebelum ini tandas jenis duduk.

 Ada masanya sinki jenis penjuru boleh menjimatkan ruang.




 
Ini pula tandas untuk anak lelaki.





 Ini tandas untuk anak perempuan.

Untuk pemilihan jubin, kami membawa tuan rumah ke kedai jubin untuk memilih sendiri warna jubin mengikut kesusaian. Tetapi, sudah tentulah pemilihan itu dilakukan berserta nasihat/consultation dari kami.

Berminat untuk renovation rumah?
Boleh hubungi di:


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kitchen Cabinet Bawah RM10,000

Untuk membuat kabinet dapur, ia bergantung kepada tuan rumah, berapa peruntukan yang sanggup dikeluarkan untuk mendapatkan dapur idaman. Walaupun dapur bukanlah ruang yang paling besar dalam kediaman, tetapi ia merupakan salah satu ruang yang paling penting di dalam rumah. Bukan sahaja sebagai tempat penyediaan makanan tetapi boleh menjadi ruang berkumpul di kalangan keluarga terutama sekali jika meja makan turut diletakkan berhampiran atau di dalam dapur. Set kabinet dapur boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit tau. Jangan terkejut pula. Semuanya bergantung kepada "budget." Memandangkan rata-rata yang hubungi kami untuk buat kabinet dapur adalah golongan muda yang masih bujang, ada yang baru berkahwin, jadi sudah tentu peruntukan untuk memiliki dapur menawan agak ketat. Jadi kita akan bagi consultation mengikut budget tuan rumah. Berikut ialah kabinet-kabinet dapur yang Alpha S Studio hasilkan di bawah harga RM10,000.   TTDI Adina, Shah Alam Table top : Sol

Rumah Comel Untuk Homestay?

Assalamualaikum. Harini kami nak kongsi satu projek rumah mini yang terletak di Beranang. Rumah ni dibina sebagai persinggahan sementara saja untuk tuan rumah. Luas tanah kepunyaan tuan rumah agak besar. Sekitar setengah ekar, dengan kawasan tanah yang besar dijadikan kebun. Rumah ni sangat comel saiznya. Ruang yang ada ialah ruang tamu, dapur dan tandas sahaja. Entrance Pandangan hadapan rumah comel. Ruang tamu Dapur yang disediakan table top konkrit. Di atas tingkap tu nanti boleh dipasang kabinet dinding.  Tandas. Rumah comel ini dibina hanya dalam masa 3 minggu. Sesuai juga jika mahu jadikan homestay. P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332

Pengubahsuaian Rumah di Puncak Alam

Jenis rumah : Teres 2 tingkat Skop kerja :  1) Penambahan ruang belakang berbumbung 2) Kerja kayu - set kitchen cabinet dan built in wardrobe 3) Pemasangan lampu & kipas 4) Pemasangan tangki tambahan di belakang 5) Pemasangan accessories tandas  Sebenarnya, rumah ini masih dalam proses pengubahsuaian. Tetapi disebabkan PKP 3.0 ni maka tergendala progress kerja di rumah ini. InshaAllah kami akan kongsi bila rumah ini siap.      P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- www.wasap.my/60189191332