Skip to main content

Makeover Dapur dan Tandas di Shah Alam

Hai, sekadar nak berkongsi satu projek comel dari Alpha S Studio. Kalau nak diikutkan, biasanya kita nampak rumah flat macam tak secantik kondominium kan. Saiz pun kecil, dalam 600sqft. Tapi, kalau kita berkemampuan untuk mengubahsuai keadaan dalaman rumah, kita mesti boleh dapat suasana rumah yang selesa untuk kita duduki. Terutama sekali untuk pasangan yang baru kahwin yang belum ada keluarga yang besar. Nanti apabila keluarga dah semakin berkembang, kalau pindah rumah, rumah yang dah diubahsuai ini bolehlah disewakan dengan harga berpatutan kan. Sedikit highlight untuk rumah ni.

1) Penukaran semua pintu sedia ada.
2) Penukaran semua tingkap
3) Pengubahsuaian kemasan dapur & tandas.
4) Minor repairing works

Dapur
Memandangkan dapur ni saiz nya sangat comel, kami memang cadangkan penggunaan kemasan jubin berwarna putih saiz 1’ x 2’ kaki untuk mengelakkan ruang tersebut nampak sempit. Pada asalnya client mahukan pintu kitchen cabinet yang glossy (berkilat) dan tiles jubin matte. Nampak mewah sikit barangkali dengan pintu kabinet dapur yang glossy. Tetapi, kami nasihatkan, adalah lebih baik memilih kemasan jubin yang berkilat (jauh lebih jimat) dan pintu kitchen cabinet jenis matte iaitu melamine warna putih. Terbalikkan.



 


Tandas
 
Kami mencadangkan untuk guna jubin yang kelihatan seperti kemasan kayu keluaran Whitehorse. Susunan jubin juga disusun berselang seli, dengan jubin dinding yang dipasang adalah warna putih. Kebiasaan rumah jenis flat di Malaysia, di dalam tandasnya akan kelihatan paip air yang selari ikut rumah bertingkat dan paip ini tidak ada penghadang mahupun bertutup atau 'boxed up'. Jadi, apa yang kami boleh buat untuk situasi begini, nak dipotong tak sesuai kerana material besi lama dan sangat keras. Kami menyapu permukaan galvanized pipe yang berkarat ini dengan sapuan cecair 'anti-rust' sebelum mengecat permukaan tersebut dengan cat putih.





Pintu
Flush door. Untuk cuba meet client's budget, kami menggunakan pintu jenis flush door. Kemudian, bingkai kayu nyatuh digunakan untuk menghasilkan design frame yang simple pada pintu. 


To be honest, it was a fun process. Kami bawa client pilih sendiri tiles, kita bagi advice & pendapat. Bila wet works hampir siap, kami bawa katalog/sampel untuk client dapat “REAL FEEL” warna kitchen cabinet dengan kemasan dapur yang dah siap di rumahnya sendiri. Proses dari 1-4 ni mengambil masa 14 hari.

Antara proses yang kami enjoy nak buat. Pilih material di site untuk kitchen cabinet. Kadang-kadang kita boleh propose melalui lukisan 3D. Tapi, untuk mendapatkan real feel, kami lebih suka bawa katalog, ha! match kan dengan warna jubin lantai dan dinding. Kami pilih warna table top yang serasi dengan warna lantai kelabu ni.


 
 
 




Ini adalah kitchen cabinet yang telah siap.






Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengubahsuaian rumah/pembinaan rumah, boleh hubungi melalui whatsapp/call:


www.wasap.my/601111892504










Comments

Popular posts from this blog

Kitchen Cabinet Bawah RM10,000

Untuk membuat kabinet dapur, ia bergantung kepada tuan rumah, berapa peruntukan yang sanggup dikeluarkan untuk mendapatkan dapur idaman. Walaupun dapur bukanlah ruang yang paling besar dalam kediaman, tetapi ia merupakan salah satu ruang yang paling penting di dalam rumah. Bukan sahaja sebagai tempat penyediaan makanan tetapi boleh menjadi ruang berkumpul di kalangan keluarga terutama sekali jika meja makan turut diletakkan berhampiran atau di dalam dapur. Set kabinet dapur boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit tau. Jangan terkejut pula. Semuanya bergantung kepada "budget." Memandangkan rata-rata yang hubungi kami untuk buat kabinet dapur adalah golongan muda yang masih bujang, ada yang baru berkahwin, jadi sudah tentu peruntukan untuk memiliki dapur menawan agak ketat. Jadi kita akan bagi consultation mengikut budget tuan rumah. Berikut ialah kabinet-kabinet dapur yang Alpha S Studio hasilkan di bawah harga RM10,000.   TTDI Adina, Shah Alam Table top : Sol

Pengubahsuaian Dalaman Rumah di Residensi Desamas, Danau Kota

 Assalamualaikum. Hai semua!  Harini kami nak berkongsi hasil kerja di Residensi Desamas, terletak di Danau Desa. Skop kerja kali ini melibatkan beberapa perkara seperti : 1) Pemasangan siling plaster 2) Pemasangan lampu dan kipas 3) Pemasangan cermin dinding 4) Pemasangan kitchen cabinet 5) Pemasangan grill pintu hadapan.  Sekadar  nak berkongsi sedikit lah perbezaan menyiapkan kerja di rumah baru di musim pandemik ini berbanding dengan menyiapkan kerja sewaktu sebelum pandemik. Menyiapkan kerja di musim pandemik ni, apabila melibatkan apartment baru dengan Management Office yang sedikit strict , semua kontraktor yang buat kerja di bangunan ni harus akur dengan rules & regulation yang ditetapkan. Sebagai contoh, pekerja yang akan buat installation harus mempunyai salinan swab test terbaru. Kiranya kalau lebih 6 bulan tu, tak valid. Kena buat baru. Lain bangunan dan lain Management Office, lain lah kerenahnya.  Jadi disini kami nak nasihatkan pada mereka yang bakal mendu